Setelah berada selama 15 tahun di Marikh, “Opportunity” disahkan mati
Agensi ruang angkasa Amerika Syarikat (NASA) akhirnya menyatakan bahawa robot penjelajah di Marikh yang dikenali sebagai “Opportunity” telah mati.
Ini dinyatakan oleh Thomas Zurbuchen sebagai pentadbir bersekutu untuk Direktorat Misi Sains NASA dalam satu sidang akhbar di Makmal Jet Propulsion (JPL), Amerika Syarikat pada 2 Februari 2019 yang lepas.
“Saya mengumumkan bahawa misi Opportunity telah selesai, dan dengan itu misi penjelajahan Marikh untuk projek Mars Exploration Rover (MER) juga berakhir,” kata Zurbuchen.
Opportunity itu sendiri sebenarnya telah hilang perhubungan selama lapan bulan sejak ribut debu di Marikh pada pertengahan tahun lepas. Selepas percubaan terakhir untuk berhubung semula dengan Opportunity yang tidak dijawab, NASA akhirnya memutuskan untuk menamatkan misinya.
Mencari air sejak tahun 2004
Opportunity telah menjelajah Marikh selama 15 tahun, jauh melebihi ramalan penyelidik. Misinya adalah untuk mencari bukti kewujudan air di masa lalu di Marikh dengan kembarnya yang diberi nama “Spirit”.
Kedua-dua robot itu dilancarkan pada hari-hari berasingan di kawasan selatan Marikh yang berbeza pada tahun 2004. Misi mereka dirancang hanya berlangsung selama 90 hari. Walau bagaimanapun, penyelidik NASA mendapat idea untuk sentiasa mengarahkan panelnya ke arah matahari. Oleh itu, misi mereka dapat diteruskan selama bertahun-tahun.
Spirit akhirnya diisytiharkan hilang pada tahun 2009 selepas terperangkap di dalam pasir, sementara Opportunity masih meneruskan perjalanannya hingga tahun lepas.
Dalam perkhidmatannya selama 15 tahun, Opportunity berjaya menemui bukti konkrit air di Marikh sekitar empat hingga 3.5 bilion tahun yang lalu.
John Callas dari JPL mengatakan bahawa data yang didapati oleh Opportunity menunjukkan bahawa air di Marikh bukan sahaja genangan air, tetapi sebuah tasik yang telah mencapai jarak kilometer.
Kemudian, hasil analisis mineral tanah liat di permukaan Marikh juga menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya beberapa air purba ini mempunyai tahap keasaman neutral.
Peluang selepas “Opportunity”
Dengan pencapaian di atas, pengganti Opportunity mempunyai tanggungjawab yang besar. Nasib baik, setakat ini robot “Curiosity” telah menjalankan tugasnya dengan baik.
Salah satu kejayaan yang dilakukan oleh Curiosity adalah mengesahkan penemuan Opportunity. Selain itu robot iyang dihantar pada tahun 2012 itu telah berjaya menunjukkan bahawa Gale Crater yang seluas 154 kilometer, telah dipenuhi dengan tasik dan sistem sungai kira-kira 4 bilion tahun yang lalu.
Bagaimanapun, cita-cita NASA tidak berakhir di sana. Mereka merancang untuk menghantar dua lagi misi ke Marikh pada tahun 2020 dimana robot yang bakal tiba di Marikh nanti adalah robot yang dimodelkan dari struktur Curiosity tetapi mempunyai versi yang lebih baik dari Curiosity. Salah satu tugas robot yang baru itu adalah untuk menjejaki kehidupan purba di Marikh.
Selain NASA, Agensi Angkasa Eropah (ESA) juga merancang untuk menghantar robot pengesan yang disebut Rosalind Franklin pada tahun 2020. Rosalind Franklin dikatakan akan mencari kehidupan dan sisa-sisa hingga kedalaman dua meter dari permukaan Marikh.
Jika berjaya, Rosalind Franklin akan menjadikan ESA sebagai agensi ruang angkasa kedua di dunia selepas NASA, yang berjaya mendarat robot di permukaan Marikh.
Leave a Reply