Google menaikkan ganjaran sehingga RM120 ribu jika dapat temui masalah pada Chrome
Sejak 2010, Google sering memberi ganjaran dalam bentuk wang kepada pengguna yang dapat mencari lubang keselamatan atau pepijat ( bug ), dalam beberapa aplikasi dan ekosistem Google. Ini dilakukan oleh Google supaya pengguna dapat dilindungi dari masalah keselamatan yang berpunca dari sistem mereka.
Berita terkini dari Google melalui catatan blognya , pihak Google kini akan meningkatkan bilangan hadiah untuk pemburu bug dalam penyemak imbas Chrome. Jumlah kenaikan adalah hebat sehingga mencecah dua hingga tiga kali ganda.
Bagi mereka yang boleh mendapatkan bug dalam penyemak imbas Google Chrome misalnya, peluang untuk mendapatkan hadiah sehingga 30,000 dolar AS atau sekitar RM120 ribu, dua kali ganda daripada sebelumnya (US $ 15,000 / RM 60 ribu).
Secara jelasnya, hadiah yang tertinggi itu adalah untuk pengguna yang dapat menemui pepijat Google Chrome yang dianggap sangat penting. Google memanggilnya laporan berkualiti tinggi . Kriteria ini dapat dilihat di website Google.
Para pemburu bug yang ingin mencuba sila ambil perhatian bahawa hadiah yang disebutkan di atas adalah had atas atau ganjaran tertinggi yang boleh diperolehi dalam penyemak imbas Chrome.
Ganjaran yang lebih rendah yang ditawarkan oleh Google untuk mereka yang menemui pepijat biasa, atau yang tidak begitu penting, ialah 15,000 dolar AS (RM 60,000). Jumlah ini bertambah tiga kali ganda dari sebelumnya $ 5,000 (RM 20,000).
Sebagai tambahan kepada ganjaran untuk mencari pepijat Chrome, Google juga menawarkan hadiah sehingga AS $ 150,000 bagi mereka yang mencari lubang keselamatan yang boleh mengeksploitasi sistem operasi Chrome OS yang berjalan pada Chromebook dan peranti Chromebox.
Untuk mendapatkan maklumat tambahan para pengguna boleh melawati website google, kerana program ganjaran ini dijalankan oleh Google dan pihak mereka telah membelanjakan sehingga 5 juta dolar AS untuk para pengguna/pemburu pepijat yang telah menemui kelemahan keselamatan Google.
Mengikut laporan yang diberikan oleh Cnet, jumlah lubang keselamatan yang telah dilaporkan oleh para pemburu bug ini sudah mencapai 8500 bug.
Leave a Reply