Terowong Mina: Mengingati Tragedi Haji yang terburuk dalam sejarah pada 2 Julai 1990
Terowong Mina mengingatkan pada tragedi besar yang terjadi pada 2 Julai 1990.
Pada masa itu, lebih dari 1000 jemaah meninggal dunia disebabkan malapetaka yang terjadi dalam terowong ini. Dari ribuan korban, lebih dari 600 orang di antaranya merupakan jemaah dari Indonesia.
Terowong Mina atau Terowong Haratul Lisan merupakan laluan pejalan kaki yang terletak di bawah pergunungan.
Struktur terowong ini dibina sepanjang 550 meter dengan lebar 18 meter dan berfungsi sebagai jalan khusus bagi para jemaah yang akan melaksanakan lempar jumrah.
Terowong yang menghubungkan Mekah menuju Mina dan Dataran Arafat ini dibangun dengan dana 15 juta dollar AS pada tahun 1988.
Tragedi Mina
Pada 29 Julai 1990, Pemerintah Tentera Arab Saudi saat itu, Mejar General Abdulkader A. Kamal mengatakan, daya tampung terowong itu adalah sebanyak 26,000 orang. Ketika saat peristiwa terjadi, terowong dipenuhi oleh 50,000 orang.
Hal ini kemudian bertambah teruk dengan kerosakan kipas angin dan blower di dalam terowong. Kipas angin yang berfungsi mengalirkan oksigen telah rosak, dan mengakibatkan udara di dalam terowong panas dan tiada oksigen.
Akibatnya, para jemaah merasa sesak akibat dari kepanasan. Mereka yang berada di dalam kemudian panik dan bergegas keluar dari terowong. Para jemaah datang dari dua arah, berdesak-desak di antara satu sama lain hingga menarik dan memijak orang lain.
Lokasi kejadian isepanjang 30 meter itu terbahagi kepada dua bahagian iaitu di 10 meter hujung terowong dan 20 meter hujung jambatan terowong.
Kematian yang terjadi bukan hanya kerana insiden bersesakan dan berpijakan di dalam terowong, tetapi juga kerana ada jemaah yang jatuh dari jambatan penghubung terowong setinggi 10 meter.
Tragedi ini menyebabkan 1426 jemaah meninggal dunia. Sebahagian besar jemaah yang meninggal dunia berasal dari Malaysia, Indonesia, dan Pakistan dan disebut sebagai salah satu tragedi buruk dalam sejarah haji di zaman moden.
Perbaikan terowong
Setelah insiden tersebut, Kerajaan Arab Saudi kemudian memperbesar, memperluas, dan meninggikan terowong hingga menjadi 40 meter dengan ventilasi udara yang besar di atas terowong itu.
Kerajaan Arab Saudi juga melakukan perubahan pada tempat pelemparan jumrah di Mina dengan membina empat laluan lalu lintas. Keempat laluan ini dibuat agar para jemaah dapat melakukan jumrah dengan lebih selesa.
Pembangunannya dilakukan oleh kontraktor BinLaden Corporation. Projek pembangunan ini menelan kos sekitar 1.2 juta dollar AS.
Leave a Reply