Pelancaran bersejarah keretapi berkelajuan tinggi di Arab Saudi
Raja Saudi iaitu Sultan Salman pada 25 September 2018 yang lepas telah melancarkan keretapi berkelajuan tinggi yang menghubungkan Mekah dan Madinah, disenaraikan sebagai projek pengangkutan terbesar di rantau ini.
Sistem Kereta Api Berkelajuan Tinggi Haramain akan mengangkut jemaah haji serta pengembara biasa sejauh 450 kilometer (280 batu) antara kedua-dua bandar melalui pelabuhan Laut Merah Jeddah hanya mengambil masa dalam dua jam.
Tiga puluh lima tren penumpang yang mampu bergerak pada kelajuan 300 kilometer sejam akan mengurangkan masa perjalanan dari beberapa jam hingga 120 minit.
Projek landasan dibina dengan kos lebih daripada $ 16 bilion, menurut media Saudi. Pada tahun 2011, Arab Saudi menandatangani perjanjian dengan konsortium Sepanyol untuk membina landasan keretapi dan membekalkan 35 kereta api berkelajuan tinggi dan mengendalikan kontrak penyelenggaraan selama 12 tahun.
Kerajaan Arab Saudi juga sedang meningkatkan perbelanjaan infrastruktur dan memperluaskan sistem rel keretapi termasuk dengan sistem metro sebanyak $22.5 bilion yang sedang dibangun di ibukota Riyadh, kerana ia bertujuan untuk mempelbagaikan ekonomi yang sekarang hanya bergantung pada industri minyaknya.
Para jemaah haji yang akan menunaikan haji, yang bakal tiba September tahun depan akan menarik lebih dari dua juta umat Islam ke rantau Mekah.Secara langsung dengan penyediaan keretapi laju ini dapat memudahkan jemaah haji dari segi logistik untuk menunaikan haji dengan lebih sistematik.
Leave a Reply