Sedekah itu bekalan akhirat
Melakukan kebaikan adalah amat penting dalam fitrah sebagai manusia.Kita akan merasakan kepuasan jika melakukan kebaikan, seperti melakukan sedekah atau menolong seseorang yang menghadapi kesusahan.Islam amat menekankan tentang pentingnya melakukan kebaikan kepada orang lain.
Berdasarkan hadis dibawah:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ وَمَا زَادَ اللَّهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إِلاَّ عِزًّا وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ لِلَّهِ إِلاَّ رَفَعَهُ اللَّهُ
Abu Huraira meriwayatkan: Rasulullah SAW bersabda,” Sedekah tidak akan mengurangkan harta seseorang, jika seseorang mengampunkan kesalahan orang lain tidak lain melainkan Allah SWT akan meningkatkan kemuliaannya, dan seseorang yang merendah diri kerana Allah kecuali Allah akan menaikkan darjatnya.
Sumber: Ṣaḥīḥ Muslim 2588
Mari kita lihat hadis lain pula;
Nabi Muhammad SAW, ketika menyatakan kelebihan yang hebat bagi yang melakukan sedekah pada orang miskin, bersabda:
“Bila seseorang meninggal, semuanya berakhir kecuali tiga: amal jariah masa hidup, ilmu yang bermanfaat, dan anak yang soleh yang berdoa kepadanya.” (Muslim)
Amat menakjubkan hadis diatas dan rebutlah peluang untuk mendapat pahala yang berterusan.
Kesimpulannya, sedekah ini luas maksudnya dan bukan hanya pada zakat sahaja.Sedekah adalah proses yang berterusan dalam melakukan kebaikan dan secara tertingginya akan mendapat keredaan Allah SWT dan ganjaran yang hebat dariNya.
Leave a Reply