Secara ringkas,mazhab Hanafi adalah salah satu mazhab dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mazhab ini di asaskan oleh Imam Abu Hanifah (ابو حنيفه) atau nama sebenar beliau Nukman bin Thabit (نعمان ن ثابت). Mazhab ini dikenali sebagai mazhab yang cenderung kepada idea moden. Mazhab ini diamalkan di sebelah kawasan Mesir, Turki, sub-benua India,Tajikistan,Iraq, sebahagian Afrika Barat dan negara-negara lain. Mazhab ini juga merupakan mazhab tertua dan terbesar dengan 30% pengikut.

Fokus khas kali ini mengenai larangan mazhab hanafi yang tidak membenarkan makan makanan laut seperti sotong, udang, kerang dan lain-lain lagi. Ini adalah benar kerana mazhab Hanafi menggunakan hadith dari Ibnu Umar RA.

Dalil hadith:

أحلت لنا ميتتان ودمان ، فأما الميتتان فالحوت والجراد ، وأما الدمانم فالكبد والطحال ) رواه أحمد وابن ماجه وغيرهم ، وصححه العلامة الألباني رحمه الله ، (انظر الصحيحة 1118 وإرواء الغليل 2526 )

Terjemahan:

Dari Ibnu Umar RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda:

“Telah dihalalkan bagi kita dua macam bangkai dan dua macam darah, adapun dua macam bangkai adalah bangkai belalang dan ikan, dan dua macam darah adalah limpa dan hati” 

(Riwayat Ahmad, Ibnu Majah, disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Silsilah Al-Sahihah, Ibnu Hajar Asqalaini dalam Bulughul Maram)

Tetapi hadis ini dhaif dari sudut Mutaqadimin, seperti Imam Ahmad dan An-Nasa’i RA.

    Jadi secara ringkasnya mengikut mazhab Hanafi, haiwan laut yang halal untuk dimakan adalah ikan sahaja. Selain dari ikan, maka ia dilarang memakannya.

    Sebenarnya banyak perkara yang berbeza dalam mazhab Hanafi berbanding mazhab kita Syafie dan majoriti, contohnya kaki tidak menjadi aurat bagi wanita, cara azan dan iqamah, solat jamak, cara solat, najis dan macam-macam lagi. Paling ringan pun dalam mazhab Hanafi, makan udang ada yang mengatakan makruh dan banyak pendapat haram. 

    Kalau dikaji asas hukum ini bukan sembarangan dalil yang mereka gunakan, bahkan ada fakta yang jelas diatas sebab sesuatu dalil. Perkara ini memerlukan perbincangan yang lebih luas untuk menerangkan tentang perbezaan semua mazhab ini. Raikanlah perbezaan dan khilaf diantara mazhab.