Ciri-Ciri Orang Munafik
Abu Huraira meriwayatkan:
Rasulullah SAW bersabda, “Tanda-tanda munafik ada tiga, walaupun dia berpuasa dan solat dan mengakui diri sebahagian muslim: apabila bercakap ia menipu, apabila berjanji ia mungkir, dan apabila diberi amanah ia khianati.”
(Sahih Bukhari no 33, Sahih Muslim no 59)
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ عَلَامَاتِ الْمُنَافِقِ ثَلَاثَةٌ وَإِنْ صَامَ وَصَلَّى وَزَعَمَ أَنَّهُ
مُسْلِمٌ إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ
33 صحيح البخاري كتاب الإيمان باب علامة المنافق
59 صحيح مسلم كتاب الإيمان باب بيان خصال المنافق
Secara jelas hadis ini menerangkan tentang tiga ciri orang munafik iaitu:
(1) Apabila berbicara dia akan berdusta.
Orang seperti ini selalunya akan menipu secara lisan atau tulisan, memutar belit dan memesongkan kenyataan yang sebenar mengikut kehendaknya sendiri.
(2) Apabila berjanji, tidak ditepati.
Orang seperti ini juga mudah melanggar janji yang diberikan selalu mencari alasan apabila tidak dapat menunaikan janjinya.
(3)Apabila diberikan kepercayaan, dia akan mengkhianatinya.
Setiap amanah yang diberikan kepadanya, akan dikhianatinya dan sering meremeh-remehkan amanah tersebut.
Sebaliknya, ciri-ciri mukmin yang sebenar adalah apabila berbicara, dia akan berkata benar, apabila berjanji dia akan menunaikannya dan apabila diberikan sesuatu amanah, dia akan menjaganya dengan baik.
Leave a Reply