Berdoa dalam sujud atau selepas solat?
Doa adalah ibadah dan ia merupakan senjata bagi orang mukmin.
Dalil hadis:
الدُّعَاءُ هُوَ العِبَادَةُ
”Doa adalah ibadah.”
(At-Tirmizi no. 2969. Di nilai sahih oleh Syaikh Al-Albani RA)
Secara khususnya, kita sebagai orang islam perlulah berdoa mengikut sunnah dan waktu yang terbaik untuk berdoa adalah semasa sujud dalam solat fardu.
Kebanyakan apa yang dilihat pada masa kini adalah berdoa selepas solat, tetapi tiada dalil yang sahih atau penunjuk dari nabi SAW. Bahkan, juga tiada riwayat yang sahih atau berstatus hasan mengenainya .
Berdoa selepas salam semua hadithnya adalah dhaif dan menjadi bid’ah apabila imam berdoa secara jemaah dan diaminkan oleh makmum.
Dalil hadith:
أَقْرَبُ مَا يَكُونُ الْعَبْدُ مِنْ رَبِّهِ وَهُوَ سَاجِدٌ فَأَكْثِرُوا الدُّعَاءَ.
Terjemahan:
“Saat yang paling dekat bagi seorang hamba untuk berada di samping Tuhannya, ialah ketika dia sujud. Dari itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa ketika sujud itu”
(HR Muslim)
Leave a Reply