Mendatangi bomoh dan kesannya pada akidah
Kita hendaklah berhati hati dalam merubati penyakit kita terutama yang mempercayai bomoh dan dukun,kerana sabda Nabi Muhammad SAW;
مَنْ أَتَى كَاهِنًا، أَوْ عَرَّافًا، فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ، فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ
“Barangsiapa yang mencari dukun atau tukang ramal, dan mempercayai apa yang dikatakannya, sesungguhnya ia telah kufur kepada apa yang diturunkan kepada Muhammad.”
(HR. Ahmad dan disahihkan oleh al-Albani)
Hadis dibawah menjelaskan tentang hukuman yang berat kepada sesiapa yang mempercayai bomoh dan tukang ramal.
مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَىْءٍ لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاَةٌ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً
“Siapa yang pergi berjumpa tukang ramal dan bertanya kepadanya tentang sesuatu, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam.”
(HR. Muslim)
Sesungguhnya kita sebagai orang islam amat dalam kerugian jika solat kita sia-sia saja didepan Allah SWT.
Cara untuk mengenal bomoh atau dukun? secara mudahnya kita dapat mengetahui cara mereka merawat melalui jampi bacaan serapah dan menyeru kepada selain dari Allah atau melakukan syirik pada Allah dengan perkara yg lain. Jika ingin berubat kita hendaklah mencari alim ulama atau ustaz yang meruqyah menggunakan ayat-ayat Al Quran dan doa-doa yg mustajab dari hadith.
Akhir kata,sesungguhnya urusan kesembuhan itu adalah atas rahmat Allah SWT sahaja dan kepadaNya harus kita memohon pertolongan dan bukan menambah kemarahan Allah SWT dengan berbuat syirik.
Leave a Reply