Berlebih-lebihan dalam agama dan kesannya.
Islam itu mudah dan ia bersandarkan Al Quran dan hadis sebagai rujukan. Tetapi ada juga di antara kita yang berlebih-lebihan dalam melakukan sesuatu dalam ibadat.Hadis dibawah adalah satu contoh yang menceritakan tentang berlebihan dalam agamaDalil hadith:
…وَإِيَّاكُمْ وَالْغُلُوَّ فِيْ الدِّيْنِ، فَإِنَّمَـا هَلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ بِالْغُلُوِّ فِيْ الدِّيْنِ
‘… Dan jauhilah oleh kamu semua dari sikap ghuluw (berlebihan) dalam agama, kerana sesungguhnya manusia sebelum kamu telah binasa kerana sikap ghuluw (berlebihan) dalam agama.”
(HR Ahmad, dirujuk sahih oleh Syaikh Al-Albani, Al-Sahihah no. 1283)
Kesimpulan hadis:
Nabi Muhammad S.A.W mengajar ummatnya dari sikap ghuluw dan dengan jelas mengatakan berlebihan dalam agama adalah sebab untuk kehancuran dan kebinasaan kerana membelakangi syariah dan kebinasaan ummat terdahulu adalah disebabkan “ghuluw”.
Contoh yang jelas tentang ghuluw, iaitu berkaitan kehambaan terhadap orang soleh dengan mengagungkan dan muliakan mereka, mencantikkan kubur-kubur mereka melebihi apa yang ditetapkan dalam islam, membuat patung-patung yang menyerupai mereka, dan ada juga sampai akhirnya mereka disembah.
Oleh yang demikian ummat Islam perlulah menghayati cara hidup Islam yang sebenar berdasarkan Al Quran dan sunnah supaya tidak terpesong dari ajaran yang diajar oleh nabi Muhammad S.A.W junjungan kita.
Leave a Reply