Pakar keselamatan siber memberi amaran bahaya FaceApp
Aplikasi ini menggunakan foto dari telefon anda untuk menunjukkan anda kelihatan tua atau lebih muda dari diri anda sekarang.
Walau bagaimanapun seorang pakar keselamatan siber memberi amaran bahawa aplikasi yang menyeronokkan ini boleh mendatangkan akibat yang memudaratkan.
David Shipley dari Beauceron Security berkata walaupun produk itu diiklankan sebagai ‘percuma’, maklumat yang anda dedahkan untuk dapatkan aplikasi itulah harga sebenar yang perlu dibayar. Beliau berkata gambar wajah anda yang terdedah boleh menyebabkan banyak kerosakan siber yang tidak dapat dielakkan.
“Ia boleh digunakan untuk mengenal pasti dan membuka kunci telefon pintar atau perkara lain dan anda perlu memastikan anda melindungi identiti anda.”
“Kami telah melihat penggodam meyalahgunakan telefon Android yang menggunakan ID muka, dimana jika seseorang boleh mendapatkan foto penuh muka anda ia sebenarnya boleh mencetak 3D kepala dan seterusnya dapat membuka kunci telefon anda.”
Beliau berkata cara terbaik untuk memastikan data privasi anda adalah untuk memeriksa perjanjian pengguna sebelum memuat turun jenis aplikasi ini.
Shipley memberi amaran bahawa aktiviti lain yang boleh dilakukan oleh penggodam adalah termasuk menjual latar belakang anda melalui carian di internet dan lokasi anda kepada syarikat lain.
“Gambar orang ramai digunakan untuk membuat profil media palsu yang kelihatan lebih nyata dan sahih atau membuat salinan profil media sosial anda sendiri dan kemudian menyasarkan rakan dan keluarga anda dengan pelbagai penipuan dan serangan yang berbeza.”
Kebimbangan ini semakin meningkat dengan semakin meningkatnya kesedaran mengenai isu privasi dalam talian dalam tahun-tahun kebelakangan ini dan fakta bahawa pemaju aplikasi itu berpusat di Rusia, di mana terdapat banyak profil maklumat dalam talian yang berprofil tinggi yang telah di salahgunakan.
Bagaimanapun Ketua Pegawai Eksekutif FaceApp, Brigitte Goncharov, berkata hanya gambar yang dipilih khusus oleh pengguna yang akan dimuat naik dari telefon dan aplikasi dan bukan keseluruhan foto pengguna.
Beliau berkata data itu tidak pernah dipindahkan ke Rusia dan sebaliknya disimpan di “perkhidmatan data awan” yang dikawal oleh Amerika Syarikat seperti Amazon dan Google. “FaceApp melakukan kebanyakan pemprosesan foto di awan. Kami hanya memuat naik foto yang dipilih oleh pengguna untuk diedit. Kami tidak pernah memindahkan sebarang imej lain dari telefon ke awan. “
Pemaju menegaskan bahawa pengguna mempunyai hak untuk meminta gambar mereka dikeluarkan daripada pelayan. “Kami mungkin menyimpan gambar yang dimuat naik di awan. Alasan utama untuk itu adalah prestasi dan lalu lintas: kami ingin memastikan bahawa pengguna tidak memuat naik foto berulang kali untuk setiap operasi edit. Kebanyakan imej dipadamkan dari pelayan kami dalam masa 48 jam dari tarikh muat naik. “
Leave a Reply