Selamat datang ke Brunei , negara bebas rokok terluas di dunia
Selamat datang ke Brunei Darussalam, Negara bebas rokok terluas di dunia. Tak ada sejengkal tanah pun di sini boleh merokok, bahkan di kawasan terbuka, dekat kawasan sampah, dimana pun di seluruh Negara Brunei Darussalam pun tak boleh merokok. Kita tak akan dapat jumpa rokok atau puntung rokok sekalipun.
Rakyat Brunei harus bangga dengan fakta bahawa Brunei menduduki tangga teratas bagi penggunaan rokok yang paling sedikit berbanding semua 182 negara yang dipaparkan dalam senarai Atlas Tembakau dengan hanya 9.676 rokok yang digunakan setiap orang setahun.
Seterusnya adalah satu lagi negara kecil di Eropah, Luxembourg.
Belarus, negara yang menggunakan alkohol per kapita paling banyak, datang ketiga, diikuti oleh Macedonia dan Albania. Belgium, Republik Czech, Jordan, Rusia dan Syria melengkapkan 10 teratas.
Sejak 2012 tidak ada kedai yang menjual rokok di negara ini. Jika didapati ada peniaga yang menjual rokok, mereka didenda dan permitnya di batalkan,” kata Ali, seorang pekerja swasta di Brunei.
Secara amnya , apabila kita tiba di Brunei International Airport Bandar Seri Begawan, kita tidak akan dapat mencari Smoking Room. Bahkan di hotel pun sampai ke bilik mandi dipasang signboard dilarang merokok.
Kami tidak dapat mencari rokok di sini, kalau ada yang merokok, kita harus pergi ke sempadan Sarawak dan membeli rokok, dan kita hanya boleh membeli dua bungkus. Untuk membawa ke Brunei, keduanya harus terbuka, sebagai tanda bahawa itu rokok untuk penggunaan sendiri dan bukan untuk perniagaan,” tambah Ali.
Negara Brunei melakukan program untuk membuat warganya berhenti merokok secara berperingkat dengan cara mengendalikan harga dan peredaran rokok. Pertama sekali harga sekotak rokok di Brunei adalah B$ 1 (dolar Brunei) Kemudian negara menaikkan jadi jadi B$ 2, terus jadi B$ 5, B$ 10 terus sampai B$ 12. Harga B$ 1 lebih kurang dengan RM 3. “Ketika harga rokok mencecah B$ 12, orang ramai sudah tidak sanggup beli rokok,” kata Ali sambil ketawa.
Setelah warga mulai tidak sanggup beli rokok, barulah negara mengatur tentang larangan merokok dan larangan menjual rokok.
Tulisan yang mengandungi pesanan ini “Smoking and Vaping are Prohibited by Law” dan “Smoking and Vaping are Harmful to Health” ada di setiap tempat, dalam kawasan premis mahupun din luar kawasan premis dan tempat-tempat awam.
Bagi yang mencuba-cuba untuk merokok dan jika ditangkap, mereka akan berhadapan dengan 3 petugas dari 3 jabatan yang berbeza: polis, petugas dari jabatan kesihatan dan juga petugas dari jabatan imigresen.
“Kenapa pula ada petugas dari jabatan imigresen?” tanya saya. “Ya mereka akan selidik bagaimana rokok boleh masuk ke Brunei, dari negara mana dan masuk melalui sempadan mana,” jelas Ali.
Perokok yang didapati bersalah, jika tertangkap pertama sekali mereka kena denda B$ 300. Perokok ketika membayar harus membuat pernyataan tidak akan mengulangi perbuatannya. Jika ditangkap kali kedua dendanya B$ 1000. Dan jika ditangkap untuk kali ketiga dendanya B $ 5000.
“Disini dendanya perlu dibayar dengan segerap atau jika tidak mahu bayar anda akan dipenjara.” tutur Ali.
Alam Raya adalah Milik Seluruh Warga
Saya tanya mengapa di tempat yang terbuka pun tidak boleh merokok.
“Negara Brunei mempunyai prinsip bahawa negara wajib melindungi rakyatnya. Udara di alam raya adalah milik awam, Jika Anda merokok, udara milik awam akan tercemar,” kata Ali.
Sila melawat dan berjalan-jalan ke Brunei, tapi jangan cuba-cuba merokok di sini!
Leave a Reply