Makan dan minum menggunakan tangan kanan
Abdullah bin Umar RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda:
عَنْ ابْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ فَلْيَأْكُلْ بِيَمِينِهِ وَإِذَا شَرِبَ فَلْيَشْرَبْ بِيَمِينِهِ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَأْكُلُ بِشِمَالِهِ وَيَشْرَبُ بِشِمَالِهِ
“Apabila salah seorang di antara kamu makan, hendaklah dia makan dengan menggunakan tangan kanannya dan apabila dia minum hendaklah dia minum dengan menggunakan tangan kanannya kerana sesungguhnya syaitan itu, dia makan dengan menggunakan tangan kirinya dan juga minum dengan menggunakan tangan kirinya.”
(Sahih Muslim, nombor 2020).
Kesimpulan Hadis:
1- Makruh makan dan minum menggunakan tangan kiri kerana ianya amalan syaitan.
2- Ia merupakan sunnah Rasulullah SAW untuk menggunakan tangan kanan.
3- Penegahan dari melakukan perkara yang jelas disebut di dalam hadis.
Leave a Reply