Ia khilaf dan pendapat asal adalah dilarang dan tidak sampai hadiah bacaan Al Quran itu.

Firman Allah:

وَأَنْ لَيْسَ لِلإنْسَانِ إِلا مَا سَعَى

“Dan bahawasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya”

(An-Najm: 39).

Penjelasan Imam Ibnu Katsir rahimahullah terhadap ayat tersebut:

ومن هذه الآية استنبط الشافعي ومن تبعه أن القراءة لا يصل إهداء ثوابها إلى الموتى ؛ لأنه ليس من عملهم ولا كسبهم ، ولهذا لم يندب إليه رسول الله صلى الله عليه وسلم أمته ولا حثهم عليه، ولا أرشدهم إليه بنص ولا إيماء ، ولم ينقل عن أحد من الصحابة رضي الله عنهم ، ولو كان خيراً لسبقونا إليه وباب القربات يقتصر فيه على النصوص ، ولا يتصرف فيه بأنواع الأقيسة والآراء ، فأما الدعاء والصدقة ، فذاك مجمع على وصولها ومنصوصٌ من الشارع عليها

    Dari ayat ini Imam Syafi’i dan ulama Syafi’iyah berpendapat bahawa bacaan Al-Qur’an tidak sampai pahalanya pada si mati kerana bacaan tersebut bukan amalan si mati dan bukan usahanya. Rasulullah SAW sendiri tidak pernah menganjurkan umatnya melakukan hal tersebut. Tidak ada dalil yang menyokong  anjuran tersebut. Seterusnya tidak ada sahabat Nabi pun yang mengajarkan ajaran tersebut pada kita. Jika amalan tersebut baik, tentu para sahabat lebih dahulu melakukannya. Dalam masalah ibadah perlu dibuktikan dalil, tidak boleh guna analogi dan qias. Adapun amalan doa dan sedekah, maka para ulama sepakat akan sampainya (bermanfaatnya) amalan tersebut dan didukung pula dengan dalil (Lihat Tafsir Al-Qur’an Al-‘Azhim karya Ibnu Katsir, 7: 76).

    Namun Imam Nawawi rahimahullah mengatakan,

وَأَمَّا قِرَاءَة الْقُرْآن فَالْمَشْهُور مِنْ مَذْهَب الشَّافِعِيّ أَنَّهُ لَا يَصِلُ ثَوَابُهَا إِلَى الْمَيِّت وَقَالَ بَعْض أَصْحَابه : يَصِل ثَوَابهَا إِلَى الْمَيِّت .

“Untuk bacaan Al-Quran, pendapat yang masyhur dalam mzhab Syafi’i, bahawa tidak sampai pahalanya kepada si mati. Sementara ada pendapat dari ulama Syafi’iyah mengatakan bahawa pahalanya sampai kepada si mati.”

(Syarah Sahih Muslim, 1: 87)