Puasa sunat yang hebat
Puasa adalah amalan yg disukai oleh Allah SWT.Selain puasa wajib pada bulan Ramadan setiap tahun, puasa sunat setiap Isnin dan Khamis adalah amat digalakkan seperti hadis dibawah:
تُعْرَضُ الْأَعْمَالُ يَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَالْخَمِيسِ فَأُحِبُّ أَنْ يُعْرَضَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ
“Amalan pahala diangkat pada setiap hari Isnin dan Khamis maka aku amat menyukai amalanku diangkat ketika aku sedang berpuasa”
HR al-Tirmidhi, 747; dirujuk sahih oleh al-Albaani dalam Saheeh al-Targheeb, 1041.
Hadis ini secara jelasnya menunjukkan puasa pada Isnin dan Khamis adalah sunnah yang diamalkan oleh Rasullullah SAW.Selain dari itu jika kita berpuasa 3 hari dalam setiap bulan pada hari ke 13,14 dan 15 mengikut bulan islam (ayyamul bidh ) ganjarannya seperti berpuasa selama sebulan mengikut sahih bukhari.
Semoga kita dapat mengamalkan sunnah sebagai tanda sayang dan kasih kita kepada Rasulullah SAW.Moga-moga kita diantara yang terpilih untuk mendapat syafaat nabi di akhirat kelak.
Leave a Reply